Hari ini, saya belajar subjek Teknologi dan Inovasi. Apa itu Teknologi dan Inovasi?
minggu ini, saya belajar tentang teknologi dan inovasi. Cik Umi merupakan salah seorang pensyarah yang mengajar teknologi dan inovasi. Hari pertama saya belajar bagaimana hendak membuat blogger sendiri. Saya rasa seronok juga dapat belajar perkara baru hari ini, cik Umi telah mengajar saya tentang apa itu teknologi, menurut kata cik Umi teknologi bertindak sebagai alat untuk membantu manusia untuk memcari pelbagai maklumat yang kehendaki. Tetapi tidak semua teknologi dapat membantu dalam semua perkara, jika mereka tidak menggunakan teknologi ini dengan sebaik mungkin.
Di samping itu juga, teknologi juga dikenali atau digunakan sebagai aktiviti harian contohnya kita lihat kanak-kanak yang suka main game akan menggunakan teknologi ini sebagai aktiviti mereka setiap hari. Begitu yang berlaku kepada orang dewasa yang suka melayari internet sama ada untuk mendapatkan maklumat ataupun untuk menghantar email kepada kawan-kawan. Teknologi juga sebagai ilmu pengetahuan, di sini kalau kita lihat teknologi dapat menbantu mencari maklumat-maklumat dan sebagainya yang diperlukan oleh mereka.
Apa yang saya harapkan dalam subjek ini ialah supaya saya mendapat banyak maklumat tentang cara serta bagaimanakah untuk saya mengunakan ilmu ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran untuk pendidikan Islam?
Teknologi maklumat sangat penting kepada masyarakat untuk memdapatkan lebih banyak informasi yang terkini. Di samping itu, ia juga boleh digunakan oleh guru untuk tujuan pendidikan kepada pelajar.
Pada pandangan saya, walaupun banyak kepentingan teknologi seperti komputer, internet dan sebagainya kepada masyarakat namun jika tidak digunakan dengan sebaik mungkin akan menjadikan ini sebagai satu masalah yang besar kepada negara. Penyalahgunaan komputer olh pelajar akan mengudang masalah yang besar kepada negara. Ini kerana golongan remaja adalah pelapis untuk generasi masa depan negara.
sekian wasalam.....