Sunday, February 17, 2008

ppsmi

Hari ini saya telah belajar tentang program Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris. Apa itu PPSMI?
Program pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI) merupakan salah satu rancangan untuk mencapai matlamat wawasan 2020. Namun apa yang kita sedia maklum mengenai program ini, iaitu pada peringkat awalnya program ini mendapat pelbagai halangan atau tentangan dari pelbagai pihak yang tidak mahu program ini dilaksanakan. Namun program ini tetap dilaksanakan dan terdapat beberapa strategi yang telah disusun untuk meningkatkan pelaksanaan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Di samping itu juga terdapat beberapa objektif yang telah digariskan sebagai panduan. Antara objektifnya adalah untuk memberi peluang kepada guru untuk mendalami atau menguasai penggunaan bahasa inggeris di sekolah. Manakala dengan program ini juga dapat memberi peluang kepada guru untuk bertukar-tukar idea tentang pendekatan pengajaran sesuatu tajuk ataupun subjek yang diajar di sekolah.
Di mana dalam program ini juga guru diberi pendedahan tentang penyediaan lesson plan yang berkesan dan cuba untuk membaiki kelemahan yang terdapat dalam lesson plan tersebut. Dengan adanya program ini dapat membantu para pelajar untuk menguasai bahasa inggeris dan guru hendaklah memantau murid-murid yang lemah dalam bahasa inggeris. Banyak aktiviti yang dilaksanakan untuk membantu para pelajar termasuklan mengadakan kelas pemulihan terutamanya mereka yang kurang mahir dalam menguasai bahasa inggeris. Tetapi kalau kita lihat pada hari ini, program ini masih tidak tahu bagaimana kesannya samaada rancangan ini berjaya atau tidak. Namun menurut pemerhatian ramai pelajar masih lagi tidak mampu untuk belajar sepenuhnya mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Begitu juga, dengan guru-guru masih lagi rasa tertekan dan tension dengan situasi sekarang. Guru didedahkan dengan pelbagai krusus untuk membaiki kelemahan tentang pendekatan yang di ajar oleh guru di sekolah. Dengan ini, beban guru akan bertambah dan akan menjadikan guru rasa tertekan. Namun di sini, program ini boleh dikatakan berada diperingkat sederhana dan kita sama-sama berdoa semaga rancangan ini berjaya dan berjalan dengan lancar.
  • Apa yang saya harapkan dari pembelajaran ini ialah saya dapat menggunakan maklumat yang saya dapat ini dalam proses pengjaran dan pembelajaran pendidikan Islam nanti. Namun bagaimanakah untuk saya mengunakan pengetahuan ini untuk pendidikan Islam?. Saya harap Cik Umi dapat membantu saya. Untuk Cik Umi saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi mengajar saya.

Saya rasa sanggat teruja dengan subjek teknologi dan inovasi ini, ini kerana saya dapat menggunakan pelbagai kemudahan seperti menggunakan makmal komputer. Dengan adanya kemudahan ini memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat dengan bantuan Cik Umi dan juga kawan-kawan saya. Belajar teknologi ini boleh menambahkan lagi pengetahuan saya untuk mengunakan komputer sebagai alat bantu mengajar nanti.

Sekian wasalam........

Saturday, February 2, 2008

sekolah bestari

Hari ini, saya belajar tentang sekolah bestari. Apa itu sekolah Bestari?

minggu ini, saya telah belajar mengenai sekolah bestari. Di mana Sekolah bestari merupakan sekolah yang telah dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih untuk membantu para pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Di samping itu, dengan bantuan alat bantu mengajar yang canggih dapat menarik perhatian pelajar untuk lebih tekun belajar dan memberi pendedahan kepada guru untuk menjadi guru yang berkesan. Kemudahan ini disediakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi. Terdapat pelbagai kemudahan teknologi tentang pendidikan seperti:
  • Tv pendidikan,
  • kemudahan internet di sekolah
  • Komputer dan sebagainya.
Sebagaimana yang kita ketahui teknologi adalah untuk mencari maklumat untuk membantu para pelajar serta memudahkan pihak sekolah dalam pelbagai bidang samaada dalam bidang pembelajaran di sekolah ataupun dalam pengurusan serta pentadbiran sekolah. Dengan adanya teknologi canggih dapat membantu pengurusan pihak sekolah dengan ledih lancar dan sistemetik samaada memgenai sistem rekod kemasukan pelajar serta mengemas kini keputusan peperiksaan dan sebagainya. kesimpulanya bahawa teknologi adalah amat penting dalam perkembangan pembelajaran sekarang, dengan keadaan ini lah kerajaan telah mengambil langkah yang tetap menjadikan sesetengah-tengah sekolah sebagai sekolah bestari. sekian dahulu untuk minggu ini.
Saya harap dengan pengetahuan yang saya pelajari ini akan dapat menbantu saya dalam proses Pengajaran dan Pembelajar nanti. Tetapi bagaimanakah untuk saya menggunakan kemudahan yang disediakan dalam pendidikan Islam?Saya amat memerlukan tunjuk ajar dari Cik Umi sera pensyarah-pensyarah lain dan rakan sepenjuangan. Dengan kemudahan yang dibekalkan di sekolah akan memudahkan para guru untuk mengajar. Guru boleh menjadikan maklumat yang mereka perolehi sebagai alat bantu mengajar.
Pada pandangan saya, tindakan pihak kerajaan adalah wajar dengan menjadikan sekolah bestari dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk kegunaan pelajar supaya mereka tidak ketinglan zaman. Tambahan pula zaman sekarang zaman serba cangih atau pun cybeyjaya.
jumpa lagi minggu depan...sekian terima kasih