Saturday, February 2, 2008

sekolah bestari

Hari ini, saya belajar tentang sekolah bestari. Apa itu sekolah Bestari?

minggu ini, saya telah belajar mengenai sekolah bestari. Di mana Sekolah bestari merupakan sekolah yang telah dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih untuk membantu para pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Di samping itu, dengan bantuan alat bantu mengajar yang canggih dapat menarik perhatian pelajar untuk lebih tekun belajar dan memberi pendedahan kepada guru untuk menjadi guru yang berkesan. Kemudahan ini disediakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi. Terdapat pelbagai kemudahan teknologi tentang pendidikan seperti:
  • Tv pendidikan,
  • kemudahan internet di sekolah
  • Komputer dan sebagainya.
Sebagaimana yang kita ketahui teknologi adalah untuk mencari maklumat untuk membantu para pelajar serta memudahkan pihak sekolah dalam pelbagai bidang samaada dalam bidang pembelajaran di sekolah ataupun dalam pengurusan serta pentadbiran sekolah. Dengan adanya teknologi canggih dapat membantu pengurusan pihak sekolah dengan ledih lancar dan sistemetik samaada memgenai sistem rekod kemasukan pelajar serta mengemas kini keputusan peperiksaan dan sebagainya. kesimpulanya bahawa teknologi adalah amat penting dalam perkembangan pembelajaran sekarang, dengan keadaan ini lah kerajaan telah mengambil langkah yang tetap menjadikan sesetengah-tengah sekolah sebagai sekolah bestari. sekian dahulu untuk minggu ini.
Saya harap dengan pengetahuan yang saya pelajari ini akan dapat menbantu saya dalam proses Pengajaran dan Pembelajar nanti. Tetapi bagaimanakah untuk saya menggunakan kemudahan yang disediakan dalam pendidikan Islam?Saya amat memerlukan tunjuk ajar dari Cik Umi sera pensyarah-pensyarah lain dan rakan sepenjuangan. Dengan kemudahan yang dibekalkan di sekolah akan memudahkan para guru untuk mengajar. Guru boleh menjadikan maklumat yang mereka perolehi sebagai alat bantu mengajar.
Pada pandangan saya, tindakan pihak kerajaan adalah wajar dengan menjadikan sekolah bestari dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk kegunaan pelajar supaya mereka tidak ketinglan zaman. Tambahan pula zaman sekarang zaman serba cangih atau pun cybeyjaya.
jumpa lagi minggu depan...sekian terima kasih

No comments: