Thursday, March 27, 2008

Keselamatan dalam Makmal komputer

Hari ini, saya telah pelajari tentang langkah-langkah keselamatan dalam makmal komputer, dalam makmal komputer kita hendaklah mengutamakan keselamatan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku kepada pelajar kita nanti. Apakah langkah-langkah keselamatan dalam makmal komputer?
Aspek keselamatan ialah :
  • Keselamatan peralatan dan elektrik
  • Keselamatan pengguna
Keselamatan Komputer
Kita hendaklah memastikan komputer berada dalam keadaan baik. Jangan biarkan komputer terlalu panas. kita Hendaklah mengelakkan komputer terhatuk, tergegar dengan kuat dan terjatuh. Kalau kita tidak mengutamkan keselamatan akan menyebabkan komputer mudah rosak. Keadaan ini akan menyusahkan pelbagai pihak untuk menggunakan makmal komputer bagi mencari maklumat serta mengunakan internet. Guru hendaklah memastikan selepas makmal digunakan berada dalam keadaan baik dan kemas. Pastikan plug ditutup dan komputer berada dalam keadaan baik.
Apa yang harus dilakukan oleh pihak guru ialah menyediakan peraturan-peraturan untuk keselamatan pelajar-pelajar mereka. Kerana pelajar-pelajar masih lagi kecil serta tidak tahu adakah makmal komputer yang mereka gunakan itu betul-betul selamat. Ini adalah peranan guru untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin semasa menggunakan makmal komputer tersebut.
Untuk Keselamatan dan Keselesaan Pengguna
Hendaklah pastikan meja komputer terurus dan tersusun dengan baik serta sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti. pelajar hendaklah melaraskan kedudukan monitar dengan mata supaya tidak sakit mata nanti. Untuk penyelenggaraan komputer elakkan dari memakai tali leher, barang kemas dan beranbut panjang. Di samping itu, pastikan wayar kuasa dalam keadaan baik dan kemas.
Apa yang saya harapkan dari tajuk ini ialah bagaimanakah caranya untuk saya memastikan keselamatan dalam makmal terjamin?. selain dari maklumat yang saya pelajari hari ini apakah yang harus saya lakukan untuk mendapatkan maklumat dengan lanjut lagi tentang keselamatan makmal komputer?
Setakat ini dahulu untuk hari ini, kita akan berjumpa lagi dalam blog yang seterusnya.......
Terima kasih kepada Pensyarah saya Cik Umi, Cik Chin dan Prof. Dr Saedah yang telah banyak menberi maklumat yang terkini serta banyak membantu saya dalam mempelajari subjek ini. Saya amat gembira kerana dapat belajar teknologi dan inovasi. Dulu saya tidak tahu apa itu teknologi dan inovasi sekarang saya sudah mengenali tekknologi dan inovasi walaupun begitu masih banyak lagi yang perlu saya pelajari..... Dan tidak lupa kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya sepanjang proses pengajian ini...
sekian terima kasih................

schoolnet

SCHOOLNET????? Apa itu Schoolnet?


Schoolnet adalah rangkaian teknologi yang berada di bawah telekom Malaysia bhd. Ia adalah salah satu projak koridalraya multimedia. Schoolnet adalah rangkaian untuk memberi maklumat yang asas kepada masyara kat. Di samping itu, schoolnet juga digunakan dalam pendidikan, untuk membantu guru serta pelajar mencari maklumat yang dikehendaki. Schoolnet teknologi canggih dan mempercepatkan para pelajar memdapatkan maklumat. Di sediakan dengan rangkai wireless iaitu rangkai tanpa wayar untuk melayari internet bagi memdapatkan sesuatu maklumat. Keadaan ini pelajar dengan senang untuk mendapatkan sebarangan information dan penyelidikan tentang pendidikan.
Ia juga berfungsi menghubungkan antara satu sama lain, terutamanya untuk pelajar-pelajar yang berada diluar Bandar atau kawasan yang terpencil supaya mendapat maklumat serta dekat dengan kerajaan serta mereka tidak terasa terasing dibumi sendiri atau Negara sendiri. Hal ini adalah kerajaan mengambil berat tentang pendidikan rakyatnya. Di samping itu juga, kita dapat belajar tentang budaya orang lain kerana internet liputannya sangat luas dan menghubungkan antara dunia. Schoolnet dapat membantu kita belajar pelbagai mata pelajaran dengan membuka internet sahaja, senang untuk berhubung dengan Negara-negara lain. Ini memberi keseronokan serta menarik minat pelajar untuk memcari banyak maklumat dan dapat memberi motivasi kepada pelajar tentang dunia internet atau IT dalam pendidikan. Ini adalah salah satu pendekatan yang perlu guru mengambil berat untuk mendedahkan para pelajar dengan isu-isu atau maklumat semasa yang berlaku di dalam dan diluar Negara. Di setiap sekolah hendaklah di bekalkan dengan makmal kompurter untuk menarik minat para pelajar.
Apa yang saya harapkan dari subjek ini adalah, supaya saya dapat mengaplikasikan apa yang saya pelajari ini di dalam kerja saya nanti sebagai pendidik. Tetapi bagaimanakah untuk saya menpraktikkannya?. Apa yang harus saya lakukan?
Saya harap Cik Umi dan pensyarah lain akan memberi bantuan kepada saya sama ada dari segi maklumat, bahan bacaan, nota dan sebagainya. Saya amat berminat untuk mempelajari teknologi ini dengan lebih teperinci lagi.
Saya Ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pensyarah saya dan rakan sepenjungan saya dalam progam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah.
Sekian wasalam……