Thursday, March 27, 2008

Keselamatan dalam Makmal komputer

Hari ini, saya telah pelajari tentang langkah-langkah keselamatan dalam makmal komputer, dalam makmal komputer kita hendaklah mengutamakan keselamatan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku kepada pelajar kita nanti. Apakah langkah-langkah keselamatan dalam makmal komputer?
Aspek keselamatan ialah :
  • Keselamatan peralatan dan elektrik
  • Keselamatan pengguna
Keselamatan Komputer
Kita hendaklah memastikan komputer berada dalam keadaan baik. Jangan biarkan komputer terlalu panas. kita Hendaklah mengelakkan komputer terhatuk, tergegar dengan kuat dan terjatuh. Kalau kita tidak mengutamkan keselamatan akan menyebabkan komputer mudah rosak. Keadaan ini akan menyusahkan pelbagai pihak untuk menggunakan makmal komputer bagi mencari maklumat serta mengunakan internet. Guru hendaklah memastikan selepas makmal digunakan berada dalam keadaan baik dan kemas. Pastikan plug ditutup dan komputer berada dalam keadaan baik.
Apa yang harus dilakukan oleh pihak guru ialah menyediakan peraturan-peraturan untuk keselamatan pelajar-pelajar mereka. Kerana pelajar-pelajar masih lagi kecil serta tidak tahu adakah makmal komputer yang mereka gunakan itu betul-betul selamat. Ini adalah peranan guru untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin semasa menggunakan makmal komputer tersebut.
Untuk Keselamatan dan Keselesaan Pengguna
Hendaklah pastikan meja komputer terurus dan tersusun dengan baik serta sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti. pelajar hendaklah melaraskan kedudukan monitar dengan mata supaya tidak sakit mata nanti. Untuk penyelenggaraan komputer elakkan dari memakai tali leher, barang kemas dan beranbut panjang. Di samping itu, pastikan wayar kuasa dalam keadaan baik dan kemas.
Apa yang saya harapkan dari tajuk ini ialah bagaimanakah caranya untuk saya memastikan keselamatan dalam makmal terjamin?. selain dari maklumat yang saya pelajari hari ini apakah yang harus saya lakukan untuk mendapatkan maklumat dengan lanjut lagi tentang keselamatan makmal komputer?
Setakat ini dahulu untuk hari ini, kita akan berjumpa lagi dalam blog yang seterusnya.......
Terima kasih kepada Pensyarah saya Cik Umi, Cik Chin dan Prof. Dr Saedah yang telah banyak menberi maklumat yang terkini serta banyak membantu saya dalam mempelajari subjek ini. Saya amat gembira kerana dapat belajar teknologi dan inovasi. Dulu saya tidak tahu apa itu teknologi dan inovasi sekarang saya sudah mengenali tekknologi dan inovasi walaupun begitu masih banyak lagi yang perlu saya pelajari..... Dan tidak lupa kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya sepanjang proses pengajian ini...
sekian terima kasih................

No comments: